Wednesday, 28 August 2013

We care We serve

Pernah Tengok Iklan ini kat Tv tak?

Memang kita tak sedar dan tiada kepentingan pun jika ianya tidak terjadi kepada diri kita dan keluarga kita memang tak ambil kisah kan?

Inilah tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat sebenarnya.Bukan kepada masyarakat aje,untuk kita dan keluarga.

In my life, ada sahaja orang-orang yang aku kenal terlibat dengan penyalahan dadah ini.Sebenarnya, Dadah ini aberguna kepada semua manusia.Namun, Manusiakan terlebih bijak dan pandai..selalu tidak menggunakan benda yang berfaedah kepada tidak berfaedah kan.

Banyak dan pelbagai aktiviti kesedaran di lakukan oleh pelbagai pihak, kerajaan mahupun bukan.Namun mesej itu jarang di pedulik kan? dari pelakun biasa sampai ke penyanyi tersohor malaysia, juga menjalankan kempen ini.Namun, jumlah bilangan penangih tetap bertambah.Di mana silapnya?

Ngeri bila lihat, anak-anak kita yang bakal membesar.Setiap malam, di selubungi mimpi, kebimbangan, jika besar nanti takut dan bimbang anak tersalah pilih jalan.kawan? mungkin,kalau kita lihat, Bapa imam masjid, Makpak Ustaz & ustazah..anak...penangih. Iman tak boleh di warisi dari ibubapa yang bertakwa, walaupun di didik dengan cukup ilmu keagamaan.Keteguhan Iman dan ketakwaan manusia sering di uji kan? Jika kalah dalam ujian..siapa mahu di salahakan? ALLAH?kerana mengatur jalan hidup mu begitu.Kufur kamu jika berfikir begitu.

Jadi, Sedikit usaha, aku sharekan di sini.tentang website WecareWeserve  walaupun, Blog aku ini,tidaklah ramai peminat pembaca, manalah tahu, ada orang tersalah google kan.Jadi jika ada yang terbaca, berilah sedikit sumbangan, walaupun tidak dengan wang ringgit namun dengan menyertai kempen dan menyebarkan kempen -kempen yang di jalankan, manatahu, ada yang sedang mencari cahaya membaca .Untung kan!

Jika anda yang terbaca, dan anda adalah salah seorang penagih dadah.cuba lah berubah.berjaya atau tidak sekurang-kurangnya anda cuba berubah.Jika gagal..cubalah berkali-kali..In Shaa Allah, Allah sentiasa ada bersama anda. Saya doakan anda berjaya !


Dan ramai, bekas penagih lebih berjaya dari kita.cuma kita yang tak tahu.mereka berjaya..namun mereka tidak menyebarkannya..kerana mereka adalah orang yang paling berjaya.!

Jika hendak tengok episod seterusnya tentang Kisah Mia dan Abang Adam. Klik Sini WecareWeserve

Assalamualaikum wbt,


2 comments:

  1. Btul kak... iman mmg tak dpt diwarisi... sy tgk org yg pandai agama lagi benak nak beramal... lagi sedap dia buat dosa ngalahkan kita yg biasa2 je ni.

    ReplyDelete